Garis Permulaan

Saya berasal dari Malaysia, sebuah negara Asia yang berbilang kaum, ia terletak di antara Thailand (di utara), Singapura & Indonesia (di Selatan). Selain Bahasa Melayu (Bahasa Kebangsaan Malaysia), saya juga fasih berbahasa Cina Mandarin dan Bahasa Inggeris, serta memahami beberapa Bahasa tempatan (loghat) seperti Bahasa Hokkien, Kontonis dan Kelantan (Kelate).

Saya adalah pelajar kelulusan Kejuruteraan Elektronik (Eletronic Engineering), tetapi selepas tamat pelajaran, saya terus menceburi bidang IT (termasuk industri komputer, perisian dan laman web) selama 17 tahun.

Cabaran Hidup

Cabaran hidup berlaku setiap masa, tetapi cabaran yang paling menduga ialah ketika saya membuat keputusan untuk meninggalkan “zon selesa” dengan gaji tetap sebagai pengurus pemasaran di firma perisian & laman web untuk memulakan perniagaan generasi baru – sistem perniagaan internet & mobil.

Sebenarnya hasrat ini telah bermula sejak 5 tahun yang lepas. Masa berlalu begitu cepat sekali, inilah masanya saya menerima cabaran ini dan melangkah keluar ke “zon baru”, walaupun belum tentu masa depannya.

Tiada siapa boleh menentukan masa depan anda, melainkan anda sendiri. Begitu juga dengan “peluang kejayaan”, tiada siapa yang boleh menentukan kejayaan atau kegagalan anda, kecuali anda sendiri.

“Satu Peluang, Satu Permulaan Baru”

 

 

Joe Tiew | QOBC Dot Com Founder - Web & Mobile Apps Developer

Gambar atas : Memberi ucapan di Seminar E-Commerce
Gambar bawah : Bersama dengan pengacara Stesyen TV Turki (ketika di pameran Cebit, Istanbul)

Melancong Sambil Bekerja

Masih teringat kali pertama saya melangkah keluar dari Malaysia ialah ketika berumur 12 tahun. Saya suka melancong dan melihat dunia yang penuh keajaiban ini dengan mata saya sendiri.

Tetapi kos pelancongan amat tinggi. Untuk mencapai matlamat ini, saya berazam melancong sambil bekerja melalui internet.

Adakah anda juga berkongsi pandangan dan inspirasi saya?

Masa Depan

Ketika ini, saya adalah pelajar Internet Profit LLC (UK), World Youtober (Arigato, Japan) dan ahli seumur hidup Elegant Themes (sejak 2014). Saya juga menyertai beberapa kelab/ persatuan yang berkaitan dengan pembangunan laman web, aplikasi android dan video pemasaran.

Kemahiran saya termasuklah :

1. Kemahiran membangunkan Laman Web “Responsive” menggunakan WordPress
2. Kemahiran membangunkan Apikasi Android dan iOS
3. Lain-lain : Kemahiran menghasilkan Video pemasaran dan sketch

Sekiranya anda memerlukan perkhidmatan diatas, sila hubungi saya.

Taipei, Kaoshiung & Hualien | 2007

Hong Kong & Kowloon | 2006

Madrid, Spain | 2015

Batam Island, Indonesia | 2011

Nagoya, Osaka & Tokyo, Japan | 2014

Guangzhou & Shenzhen, China | 1998 & 2013

Istanbul, Turkey | 2012

Lisbon, Portugal | 2015

Ho Chi Minh City, Vietnam | 2015

Shanghai & Hangzhou, China | 2013

Seoul, South Korea | 2011

Chennai & Trichy, India | 2011

Phuket, Thailand | 2001 & 2010

Singapore | every year

Dublin, Ireland | 2015

May I Help You?

 

You may ask me any question related to mobile apps (Android & iOS), responsive websites & web videos, I will provide FREE suggestion and honest opinion in order to help you make a better decision :

I’ve been helping people building mobile apps (Android & iOS), responsive websites and web videos since many months ago. If you need any help or complete solutions, you may contact or hire me :

Pin It on Pinterest